Memaparkan catatan dengan label HMT329: ANALISIS KONTRASTIF BAHASA MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HMT329: ANALISIS KONTRASTIF BAHASA MALAYSIA. Papar semua catatan

02 Februari 2009

HMT329: Perbandingan Hubungan Perkataan Dengan Makna

Tajuk : Perbandingan hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama berbahasa Melayu dan berita Bernama berbahasa Inggeris. [ analisis kontrastif semantik ]

Pendahuluan
Esei ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan antara hubungan perkataan dengan makna untuk berita Bernama bahasa Melayu dan berita Bernama bahasa Inggeris. Kami tidak memfokuskan terhadap satu tajuk berita kerana terdapat tiga berita berbahasa bahasa Melayu dan tiga berita berbahasa bahasa Inggeris dalam data yang dikaji oleh kami. Kami akan mengkaji dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa.
Data yang dibuat perbandingan dalam bahasa itu sendiri contohnya dalam bahasa Melayu itu sendiri merupakan intrabahasa. Manakala data yang dibandingkan dengan bahasa lain merupakan interbahasa. Sebagai contohnya, data berbahasa Melayu dibandingkan dengan data berbahasa Inggeris. Tujuan kami mengkaji kedua-dua data bahasa Melayu dan Inggeris adalah untuk melihat kesinoniman kata yang terdapat di dalam kedua-dua data ini.

Kaedah
Kaedah yang digunakan oleh kami dalam kajian ini ialah kaedah korpus yang diperolehi oleh kami daripada TextStat. Kami hanya mengkaji kata nama sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Dalam kata nama tersebut kami hanya memfokuskan penggunaan kata “ taman ” sahaja dalam kedua-dua bahasa ini. Kami akan menggunakan konkordans yang terdapat di dalam program TextStat untuk melihat kekerapan penggunaan kata nama “ taman ” dalam kedua-dua bahasa tersebut.

Penggunaan kata “ taman ” dalam berita berbahasa Melayu muncul sebanyak 11 kali dalam data. Peratusan bagi perkataan tersebut ialah sebanyak 1.69%. Manakala dalam berita bahasa Inggeris, kata “ park “ pula muncul sebanyak 9 kali dengan peratusan sebanyak 1.69% juga. Kami memilih perkataan ini kerana dalam kategori kata nama, kata ini mempunyai kekerapan yang paling tinggi.


Dapatan dan analisis kajian
Aspek makna yang dikaji oleh kami ialah sinonim. Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud ( Wikipedia,16Jan 2009 ). Pernyataan ini juga turut disokong oleh F.R.Palmer ( 1989 : 97 ) dalam buku Semantik :
“ Sinonim ialah set perkataan yang mempunyai makna yang sama iaitu perkataan-perkataan itu seerti atau bersinonim di antara satu sama lain ”.
Pernyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 1982 : 241 ) dalam buku Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia :
“ Kata-kata sinonim terdiri dari kata-kata yang mempunyai makna yang sama”. Maksud “ sama “ ini tidaklah perlu seratus peratus sama seperti yang mungkin dianggap oleh ramai orang “.
Berdasarkan kajian kami, kata “ taman “ dalam berita berbahasa Melayu merupakan padanan bagi kata “ park “ dalam berita berbahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan apabila makna bagi kedua-dua kata tersebut dirujuk kepada kamus. Dalam berita Bernama berbahasa Inggeris, perkataan “park” mendukung makna sebidang tanah yang disimpan untuk kegunaan awam sebagai ;
1) Sebidang tanah sama ada mempunyai bangunan ataupun tidak yang bersempadan dengan bandar yang dikekalkan untuk tujuan rekreasi dan hiasan.
2) Sebuah landskap yang terletak di bandar raya.
3) Sebuah kawasan tanah yang luas terletak di luar bandar yang dikekalkan sifat semulajadinya dan digunakan untuk tujuan keseronokan serta rekreasi bagi pengunjung
Manakala dalam berita berbahasa Melayu perkataan “taman” mendukung makna sebidang tanah yang disimpan untuk kegunaan awam sebagai ;
1) Kebun yang ditanami dengan pelbagai bunga-bungaan (untuk bersenang-senang, berehat-
rehat), kebun bunga.
2) Tempat bersiar-siar (mengambil angin dan lain-lain). Kamus Dewan Edisi keempat
(2005:1583).
Menurut konteks kedua-dua data ini perkataan “park” dan “taman” mendukung makna tempat bersiar-siar dan kebun atau landskap yang ditanami dengan pelbagai bunga-bungaan. Oleh itu, kedua-dua kata ini bersinonim. Keadaan ini menunjukkan hubungan interbahasa.
Dalam kajian intrabahasa perkataan “taman” berasosiasi dengan kata lain. Hubungan ini dikenali sebagai hubungan kolokasi. Kolokasi ialah penggunaan perkataan bersama-sama ( F.R.Palmer,1989 : 83 ) dalam buku Semantik. Sebelum ini, perkataan “taman” mempunyai kolokasi yang terhad iaitu hanya mendukung makna kebun yang ditanami oleh bunga. Hal ini dapat dibuktikan daripada “Malay Concordance Project” iaitu seperti petikan dibawah:

berjalan-jalan sambil bermain-main pada tiap-tiap taman bunga-bungaan dan taman buah-buahan. Setelah sudah, maka baginda Mar 18a .... pohon bunga-bungaan itu beraturan. Adapun pasirnya taman bunga-bungaan itu daripada mutiara dan merjan dan piruzah. Maka .

Mar 19b ...... segala para puteri itu berangkat ke maligai dari taman bunga-bungaan, lalu ke peterana. Setelah masuk ke peterana, maka
Mar 80b ...-buahan, maka dibawa oleh begawan laki isteri kepada taman bunga-bungaan melihat segala bunga-bungaan itu yang harum-harum
.
Namun kini, penggunaan perkataan taman mempunyai kolokasi yang lebih luas. Contohnya taman perumahan, taman permainan, taman KLCC dan sebagainya. Hal ini dapat dibuktikan melalui data yang diperolehi daripada berita Bernama berbahasa Melayu iaitu:

“Taman KLCC yang dibuka kepada orang ramai pada tahun 1998 ini oleh bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad”

Berdasarkan contoh ayat di atas, terbuktilah bahawa perkataan “taman” berasosiasi dengan perkataan lain. Selain itu juga, perkataan ‘ taman” juga mempunyai hubungan makna yang lain iaitu hiponim. Hiponim melibatkan pengertian inklusi. Inklusi merupakan suatu hal mengenai keanggotaan golongan perkataan. Jadi istilah ‘tertinggi’ ialah superodinat dan istilah ‘di bawah’ itu sebagai hiponim ( F.R.Palmer,1989 : 93-94 ) dalam buku Semantik. Dalam kes ini, perkataan

“taman”merupakan superodinat kepada hiponim. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah:
Adik saya bersiar-siar di taman KLCC.
bunga
mini
perumahan

Berdasarkan contoh ayat di atas, perkataan “taman” merupakan superodinat kepada bunga, mini dan perumahan yang merupakan hiponim kepada superodinat “taman”. Hal ini dapat dilihat di bawah :
taman ( superodinat )


bunga KLCC mini perumahan
Seterusnya, perkataan “taman” juga mempunyai hubungan secara sintagmatik. Hubungan sintagmatik merupakan hubungan secara linear antara kata atau unsur-unsur leksikal yang berada dalam satu tempat atau lingkungan yang sama( F.R.Palmer,1989 : 74 ) dalam buku Semantik. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

“Taman KLCC yang dibuka kepada orang ramai pada tahun 1998 ini oleh bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad”

Berdasarkan ayat di atas, perkataan “taman” mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan perkataan KLCC.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kedua-dua perkataan iaitu “taman” dan “park” bersinonim dalam hubungan interbahasa. Pada masa yang sama, perkataan “taman” turut berasosiasi dengan perkataan lain. Perkataan “taman” juga mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan perkataan yang lain serta hubungan makna yang lain iaitu hiponim.



Rujukan
Abdullah Hassan. 1982. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti

Kamus Dewan Edisi keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.\

Malay Concordance Project. <> [17 Januari 2009]

R. F.Palmer. 1989. Semantik (Penterjemah: Abdullah Hassan) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wikipedia. 5 Mac 2008. Sinonim. Mediawiki < http://ms.wikipedia.org/wiki/sinonim > [17 Januari 2009]

Yahoo Education. 2000
[17 Januari 2009]



Nama Ahli Kumpulan
15. Norfadilah Binti Abdul Rahman
19. Nurul Hana Binti Abu Talib
22. Sharifah Shadhatul Nadrah

22 Januari 2009

HMT329:CARA MEMBUAT CONCORDANCE

1. Buka 1 folder di desktop dan namakan folder tersebut ‘Norfadilah_HMT329’.
2. Cari 1 artikel atau rencana dalam akhbar online tempatan seperti dari laman web Berita Harian Online.
3. Buka New Text Documen dan namakan fail tersebut BHrencana_16 Jan09.txt.
Kemudian copy dan simpan rencana yang dipilih ke dalam fail tersebut.
4. Sekiranya terdapat gambar di dalam rencana tersebut maka rencana tersebut perlu
dicuci terlebih dahulu dan disimpan ke dalam fail yang baru iaitu BHrencana1_16jan09_cuci.txt.
5. Buka Microsoft Word dan namakan fail tersebut BHrencana1_16Jan09.doc.
Kemudian copy rencana tersebut dalam fail ini dan pastikan gambar dalam artikel ini dicuci dan jika terdapat petikan ayat di bawah gambar tersebut, anda hendaklah meletakkannya di bahagian paling bawah rencana tersebut.
6. Buka lagi 1 fail dan namakan fail tersebut ‘Tajuk Artikel.doc’. Dalam fail
Tersebut anda perlu membuat tiga kotak dan setiap kotak perlu diisi dengan:
1. Tajuk rencana berserta nama penulis
2. laman web rencana tersebut diambil.
3. tarikh dama fail tersebut.
7. kemudian buka software ‘textSTAT’. Pilih korpus dan seterusnya new corpus.
Kemudian buka file Norfadilah_HMT329. Padam perkataan txt dan gantikan fail tersebut dengan ‘BHrencana1_16Jan09.crp.
8. Pilih corpus dan add local file. Cari fail Norfadilah_HMT329 dan klik fail
BHrencana1_16Jan09.doc.
9. Buka ‘word forms’. Pilih ‘sort of frequency’ dan klik ‘frequency list’. Seterusnya
Pilih ‘export’ contoh Frequency<>MS Excel. Namakan fail tersebut ‘BHrencana1_16Jan09_freq_asal.xls dan save as type ialah ‘Mikrosoft Excel Worksheet’.
10. Buka textSTAT semula dan pilih Concordance dan klik ‘search whole’dan ‘search
Case’. SEterusnya pilih ‘export’ dan ‘frequency <>mirco.word BHrencana1_16Jan09_concord_asal.doc.


13 Januari 2009

SEBAB-SEBAB TIDAK MENGENALI YASSIER ARAFAT

Menurut informan nombor 2 iaitu Chan Yan Yi, beliau mengatakan bahawa beliau tidak mengenali Yassier Arafat kerana sebelum ini beliau pernah mendengar nama negara Palestin tetapi beliau tidak mengetahui pemerintah negara Palestin. Oleh itu, beliau tidak pernah mendengar nama Yassier Arafat sebelum ini. Sebab yang kedua adalah beliau hanya membaca surat khabar Cina sahaja. Dalam surat khabar Cina tersebut nama orang akan ditukar iaitu nama adalah sama tetapi dari segi bunyi dan perkataan ada perbezaan. Di samping itu juga beliau mengatakan bahawa beliau kurang membaca surat khabar dalam bahasa Melayu. Beliau juga tidak suka membaca khabar pada bahagian politik. Beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar berita tentang Yassier Arafat dalam televisyen.


Nama Ahli Kumpulan
2. Chan Yan Yi
15. Norfadilah Binti Abdul Rahman.
19. Nurul Hana Binti Abu Talib

12 Januari 2009

Ada apa dengan HMT329 $$kuliah 9/1/08$$

Objektif kuliah

Membuat analisis kontrastif bahasa dari aspek semantik. Untuk membuat analisis kontrastif kita perlu membandingkan satu unsur X dengan unsur Y. Analisis kontrastif ini menunjukkan persamaan dan perbezaan terhadap unsur X dan unsur Y tersebut. Dalam perbandingan tersebut tidak semestinya melibatkan dua unsur sahaja iaitu X dan Y tetapi mungkin terdapat unsur lain. Unsur X dan Y hanya sebagai lambang.


Contohnya


Palestin

13. Negara yang sedang dijajah.

15. Sebuah negara Islam.

17. Negara selalu dibom.

23. Negara yang tidak stabil.

25. Rakyat yang ditindas.

27. Rakyat Palestin yang sedang hidup dalam derita

29. Banyak rakyat yang telah terkorban.


Israel

2. Sebuah negara kristian.

4. Kejam, menindas, membunuh

6. Sebuah negara yang tidak boleh bercampur tangan dalam hal politik.

10. Sebuah negara yang mempunyai pemimpin kejam.

8. Peperangan yang telah menyebabkan ramai rakyat terkorban.

14. Negara yang mempunyai pemimpin yang bijak berkomunikasi.

20. Negara yang bermusuh dengan negara Palestin.


Perbandingan antara Palestin dan Israel.

28. Israel lebih kuat dari Palestin.

24. Israel merupakan negara yang menindas dan Palestin merupakan negara yang ditindas.

9. Mempunyai agama yang berlainan.

15. Israel merupakan sebuah negara yang lebih kuat Palestin.

12. Wujudnya konflik politik antara kedua-dua negara.

28. Sebagai akibat rakyat yang menerima penindasan dan penderitaan.


Kemudian jawapan yang diberikan oleh pelajar HMT329 perlu memberikan bukti yang kukuh dan benar. Oleh itu pelajar HMT329 perlu mencari maklumat yang benar melalui Wikipedia, Utusan Malaysia, Berita Harian Online, Kosmo, Harian Metro dan Sinar Kharakah.


No 22,17,dan 5 telah membuktikan ungkapan 25 dan 4 adalah benar iaitu mengesahkan bahawa Israel dan Palestin berkonflik. Bukti ini diperolehi daripada Wikipedia.


No 6 dan No 11. Membuktikan ungkapan no 9 adalah benar, iaitu rakyat Israel dan Palestin mempunyai agama yang berlainan. Bukti diperolehi daripada Wikipedia dan akhbar Cina.


No 20, 3, 2, 23, 28 telah membuktikan ungkapan 24 iaitu Israel merupakan negara yang menindas dan Palestin merupakan negara yang ditindas. Bukti diperolehi daripada berita harian online.


No 10, 26 telah membuktikan ungkapan 12 iaitu wujudnya konflik politik antara kedua-dua negara melalui Wikipedia.


No8, 29, 27 telah membuktikan bahawa ungkapan 27 iaitu rakyat Palestin yang sedang hidup menderita melalui Utusan Malaysia