06 Februari 2009

HMT329:Konsep Milik/Punya

Pendahuluan

Esei ini mengkaji tentang konsep 'milik' atau 'punya' antara dua dialek yang berbeza iaitu dialek Patani dengan dialek Perak Tengah. Kami mengkaji perbezaan konsep milik dalam kedua-dua dialek ini dari segi sebutan, struktur ayat, situasi dan konteks serta penggunaan konsep ini mengikut peringkat umur.

Analisis





Perbezaan penggunaan konsep milik ini dapat dilihat berdasarkan jadual di bawah.


Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, kami mendapati bahawa terdapat perbezaan dan persamaan dalam penggunaan konsep milik bagi dialek Perak Tengah dan dialek Patani dari segi konteks penggunaannya. Berdasarkan jadual di atas, dalam situasi untuk merujuk kepada kepunyaan orang lain, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada konsep milik adalah sama bagi kedua-dua dialek iaitu dengan menggunakan Kata Nama 'mak'.
Dalam contoh ayat kedua iaitu 'Tudung ini kepunyaan saya', penggunaan konsep milik adalah berbeza mengikut situasi yang berbeza. Apabila berkomunikasi dengan adik beradik, konsep milik dalam dialek Perak Tengah 'keme' untuk merujuk kepada 'saya'. Manakala dalam dialek Patani, konsep milik yang diguanakan untuk merujuk kepada 'saya' ialah 'aku'. Apabila bertutur dengan rakan-rakan, kosep milik yang digunakan untuk merujuk kepada 'saya' adalah sama antara kedua-dua dialek iaitu menggunakan 'aku'. Manakala, apabila bertutur dengan orang yang lebih tua seperti ibu bapa, konsep milik yang digunakan adalah lebih sopan. Dalam dialek Perak Tengah, konsep milik yang digunakan ialah gelaran kekeluargaan iaitu 'Kak Ngah' yang merupakan gelaran untuk merujuk kepada anak kedua dalam keluarga. Bagi dialek Patani pula, penggunaan Kata Ganti Nama 'kami' digunakan yang membawa maksud 'saya' dalam dialek Patani.
Bagi situasi untuk menunjukkan kepunyaan orang yang dilawan bercakap, dalam dialek Perak Tengah menggunakan Kata Ganti Diri ‘kome’ yang bermaksud ‘kamu’ manakala dalam dialek Patani, Kata ganti Nama ‘mu’ digunakan yang membawa maksud ‘awak’. Hal ini menunjukkan perbezaan dari segi penggunaan konsep milik yang merujuk kepada Kata Ganti Nama Kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan