22 Januari 2009

HMT329:CARA MEMBUAT CONCORDANCE

1. Buka 1 folder di desktop dan namakan folder tersebut ‘Norfadilah_HMT329’.
2. Cari 1 artikel atau rencana dalam akhbar online tempatan seperti dari laman web Berita Harian Online.
3. Buka New Text Documen dan namakan fail tersebut BHrencana_16 Jan09.txt.
Kemudian copy dan simpan rencana yang dipilih ke dalam fail tersebut.
4. Sekiranya terdapat gambar di dalam rencana tersebut maka rencana tersebut perlu
dicuci terlebih dahulu dan disimpan ke dalam fail yang baru iaitu BHrencana1_16jan09_cuci.txt.
5. Buka Microsoft Word dan namakan fail tersebut BHrencana1_16Jan09.doc.
Kemudian copy rencana tersebut dalam fail ini dan pastikan gambar dalam artikel ini dicuci dan jika terdapat petikan ayat di bawah gambar tersebut, anda hendaklah meletakkannya di bahagian paling bawah rencana tersebut.
6. Buka lagi 1 fail dan namakan fail tersebut ‘Tajuk Artikel.doc’. Dalam fail
Tersebut anda perlu membuat tiga kotak dan setiap kotak perlu diisi dengan:
1. Tajuk rencana berserta nama penulis
2. laman web rencana tersebut diambil.
3. tarikh dama fail tersebut.
7. kemudian buka software ‘textSTAT’. Pilih korpus dan seterusnya new corpus.
Kemudian buka file Norfadilah_HMT329. Padam perkataan txt dan gantikan fail tersebut dengan ‘BHrencana1_16Jan09.crp.
8. Pilih corpus dan add local file. Cari fail Norfadilah_HMT329 dan klik fail
BHrencana1_16Jan09.doc.
9. Buka ‘word forms’. Pilih ‘sort of frequency’ dan klik ‘frequency list’. Seterusnya
Pilih ‘export’ contoh Frequency<>MS Excel. Namakan fail tersebut ‘BHrencana1_16Jan09_freq_asal.xls dan save as type ialah ‘Mikrosoft Excel Worksheet’.
10. Buka textSTAT semula dan pilih Concordance dan klik ‘search whole’dan ‘search
Case’. SEterusnya pilih ‘export’ dan ‘frequency <>mirco.word BHrencana1_16Jan09_concord_asal.doc.


16 Januari 2009

HMT329-FORENSIC



Consist of episode 1 to 25, complete TV series.

Tim Sir (Au-Yeung) and the police force are in charge of solving murder cases. Siu Yau (Yoyo Mung) is the head of her department. Sam (Frankie Lam) is a doctor whose responsibility is to find out the victims' causes of death and other health-related jobs. Ding Ding (Linda Chung) is an investigator who helps to solve cases.

In between these cases, the characters of this story have a lot of personal issues to deal with. Yvonne (Florence Kwok) finds that her husband has been cheating on her because she does not want to have children. Kong Jai (Fred Cheng) develops a crush on Ding Ding, but soon finds out that she likes Sam. Tim Sir's wife, Charlie (Jay Lau) dies after being accidentally poisoned by a nurse. Although Tim says he is not ready for another serious relationship, he develops feelings for Siu Yau and vice versa.

Sam meets a young girl named Mon (Natalie Tong), who has been taking many wrong paths in her life and he is helping her to get her life back on track. Sam writes books about crime-solving and murder, which Mon enjoys very much. What Sam does not know is that Mon has strong feelings for him. Mon is jealous of Ding Ding because Sam is dating her. But one particular day, the police force is called to a very strange case. The murder victims have been killed in the same way the victims were in Sam's books! When the force begins to suspect Mon - they find her dead. Who is this strange serial killer and why are they killing people following Sam's books?

15 Januari 2009

HMT329-LATIHAN BERKUMPULAN

Analisis konstrastif Yassier Arafat1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9).22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?1) Carian di internet2) Mengarang esei3) Menjalankan soal selidik

14 Januari 2009

HMT329:SOAL SELIDIK TENTANG YASSER ARAFAT

INFORMAN PERTAMA
Norfadilah: Adakah anda mengenali Yasser Arafat?
Informan 1: ya
Norfadilah: Apakah yang anda tahu mengenai beliau?
Informan 1: Beliau merupakan bekas Presiden Palestin dan ketua PLO.

INFORMAN KEDUA
Norfadilah: Adakah anda mengenali Yasser Arafat?
Informan 2: ya
Norfadilah:Apakah yang anda tahu tentang beliau?
Informan 2: Beliau merupakan bekas Presiden Palestin.

INFORMAN KETIGA
Norfadilah: Adakah anda mengenali Presiden Palestin?
Informan 3: Ya
Norfadilah:Apakah yang anda tahu tentang beliau?
Informan 3: Beliau merupakan pemerintah Palestin terdahulu, telah mati dibunuh, mempunyai seorang anak perempuan dan seorang isteri dan beliau juga seorang pejuang Palestin.

INFORMAN 4
Norfadilah: Adakah anda mengenali Yasser Arafat?
Informan 4: ya
Norfadilah: Apakah yang anda tahu tentang beliau?
Informan 4: Beliau seorang bekas pemerintah Palestin.

INFORMAN 5
Norfadilah: Adakah anda mengenali Yasser Arafat?
Informan 5: Ya
Norfadilah: Apakah yang anda tahu mengenai beliau?
Informan 5: bekas pemerintah Palestin dan seorang yang memakai Jubah.
Kuliah HMT329 12/1/2009

HMT329: Noorkhiriah dan Faizal Tahir


NOORKHIRIAH




Nama sebenar beliau ialah Noorkhiriah Binti Ahmad Shapie. Beliau dilahirkan di Raub, Pahang. Pekerjaan beliau ialah pelakon dan telah mendirikan rumahtangga dengan Azfaizul Ahtan. Noorkhiriah atau lebih mesra dengan panggilan Noor merupakan seorang yang kecil molek dan telah berlakon dalam banyak drama tempatan. Antaranya ialah Tepi Kainnya Carik, Neraca Kasih, Sindarela, Pepaya dan sebagainya. Beliau juga turut berlakon dalam beberapa buah filem seperti filem Gubra, Susuk, Los and Faun, dan banyak lagi filem arahan pengarah terkenal tempatan.
Walaupun beliau telah berlakon dalam banyak filem tempatan, namun beliau mengakui masih ramai yang belum mengenali beliau. Hal ini bukan disebabkan oleh dirinya yang kurang berbakat tetapi disebabkan oleh beliau tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang pelakon. Hal ini kerana beliau dilabel sebagai muka kampung. Malahan, beliau sering diberikan watak gadis kampung. Alasannya kerana muka beliau muka kampung, tiada gaya dan saiznya yang kecil. Namun, beliau mengimpikan karakter wanita korporat dan antagonis





FAIZAL TAHIR




Nama sebenarnya ialah Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir. Beliau dilahirkan pada 26 Oktober 1978. Faizal telah mendirikan rumahtangga dengan Raihanim Noran yang dikenali beliau semasa di UiTM. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mikael Zidane dan seorang anak perempuan Siti Nur Raudhah.
Pekerjaannya ialah penyanyi, penulis lirik dan pengacara televisyen. Pada awal kemunculan beliau, beliau terlibat dengan kumpulan nasyid iaitu Mirwana. Namun pada tahun 2005, beliau telah meninggalkan kumpulan tersebut kerana sakit dan kemudiannya muncul kembali secara solo dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan Rast.
Pada 13 Januari 2008, Faizal mengundang rasa tersinggung ramai pihak apabila menanggalkan baju dan tali pinggang beliau di atas pentas pada konsert ulang tahun keempat 8TV yang disiarkan secara langsung. Oleh itu, pihak 8TV mengambil tindakan tegas dengan memberi amaran keras kepada beliau dan mengkehendaki beliau terlibat dalam kerja-kerja amal selama enam bulan. Di samping itu, dua hari selepas peristiwa itu, 8TV mengadakan sidang akhbar untuk Faizal memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung oleh perbuatannya.


Walaupun banyak kontroversi yang melanda beliau, namun lagu-lagu nyanyian beliau mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminatnya. Beliau juga telah memenangi banyak anugerah iaitu:

Anugerah Planet Muzik:
• Artis Lelaki Baru Terbaik
• Artis Lelaki Paling Popular

Anugerah Planet Muzik 15:
• Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)
• Artis Baru Terbaik
• Album Rock Terbaik
• Album Terbaik


Faizal Tahir - Gemuruh

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

13 Januari 2009

SEBAB-SEBAB TIDAK MENGENALI YASSIER ARAFAT

Menurut informan nombor 2 iaitu Chan Yan Yi, beliau mengatakan bahawa beliau tidak mengenali Yassier Arafat kerana sebelum ini beliau pernah mendengar nama negara Palestin tetapi beliau tidak mengetahui pemerintah negara Palestin. Oleh itu, beliau tidak pernah mendengar nama Yassier Arafat sebelum ini. Sebab yang kedua adalah beliau hanya membaca surat khabar Cina sahaja. Dalam surat khabar Cina tersebut nama orang akan ditukar iaitu nama adalah sama tetapi dari segi bunyi dan perkataan ada perbezaan. Di samping itu juga beliau mengatakan bahawa beliau kurang membaca surat khabar dalam bahasa Melayu. Beliau juga tidak suka membaca khabar pada bahagian politik. Beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar berita tentang Yassier Arafat dalam televisyen.


Nama Ahli Kumpulan
2. Chan Yan Yi
15. Norfadilah Binti Abdul Rahman.
19. Nurul Hana Binti Abu Talib

12 Januari 2009

Ada apa dengan HMT329 $$kuliah 9/1/08$$

Objektif kuliah

Membuat analisis kontrastif bahasa dari aspek semantik. Untuk membuat analisis kontrastif kita perlu membandingkan satu unsur X dengan unsur Y. Analisis kontrastif ini menunjukkan persamaan dan perbezaan terhadap unsur X dan unsur Y tersebut. Dalam perbandingan tersebut tidak semestinya melibatkan dua unsur sahaja iaitu X dan Y tetapi mungkin terdapat unsur lain. Unsur X dan Y hanya sebagai lambang.


Contohnya


Palestin

13. Negara yang sedang dijajah.

15. Sebuah negara Islam.

17. Negara selalu dibom.

23. Negara yang tidak stabil.

25. Rakyat yang ditindas.

27. Rakyat Palestin yang sedang hidup dalam derita

29. Banyak rakyat yang telah terkorban.


Israel

2. Sebuah negara kristian.

4. Kejam, menindas, membunuh

6. Sebuah negara yang tidak boleh bercampur tangan dalam hal politik.

10. Sebuah negara yang mempunyai pemimpin kejam.

8. Peperangan yang telah menyebabkan ramai rakyat terkorban.

14. Negara yang mempunyai pemimpin yang bijak berkomunikasi.

20. Negara yang bermusuh dengan negara Palestin.


Perbandingan antara Palestin dan Israel.

28. Israel lebih kuat dari Palestin.

24. Israel merupakan negara yang menindas dan Palestin merupakan negara yang ditindas.

9. Mempunyai agama yang berlainan.

15. Israel merupakan sebuah negara yang lebih kuat Palestin.

12. Wujudnya konflik politik antara kedua-dua negara.

28. Sebagai akibat rakyat yang menerima penindasan dan penderitaan.


Kemudian jawapan yang diberikan oleh pelajar HMT329 perlu memberikan bukti yang kukuh dan benar. Oleh itu pelajar HMT329 perlu mencari maklumat yang benar melalui Wikipedia, Utusan Malaysia, Berita Harian Online, Kosmo, Harian Metro dan Sinar Kharakah.


No 22,17,dan 5 telah membuktikan ungkapan 25 dan 4 adalah benar iaitu mengesahkan bahawa Israel dan Palestin berkonflik. Bukti ini diperolehi daripada Wikipedia.


No 6 dan No 11. Membuktikan ungkapan no 9 adalah benar, iaitu rakyat Israel dan Palestin mempunyai agama yang berlainan. Bukti diperolehi daripada Wikipedia dan akhbar Cina.


No 20, 3, 2, 23, 28 telah membuktikan ungkapan 24 iaitu Israel merupakan negara yang menindas dan Palestin merupakan negara yang ditindas. Bukti diperolehi daripada berita harian online.


No 10, 26 telah membuktikan ungkapan 12 iaitu wujudnya konflik politik antara kedua-dua negara melalui Wikipedia.


No8, 29, 27 telah membuktikan bahawa ungkapan 27 iaitu rakyat Palestin yang sedang hidup menderita melalui Utusan Malaysia

Ada apa dengan HMT329 $$kuliah 8/1/09

Pada hari ini, Dr. Radiah menerangkan tentang tipologi. Dalam analisis tipologi, perbezaan dan persamaan antara sesuatu unsur akan dilihat. Selain itu,Dr.Radiah juga menerangkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Mohd Hazrul dalam tugasan dialeknya. Kesalahan yang dilakukan oleh Hazrul ialah seperti ayat di bawah :

Akim merindui Dr Radiah hingga mamai dalam tidoq. Seharusnya dalam dialek, penggunaan afiks akan digugurkan. Tetapi Hazrul tidak menggugurkan penggunaan afiks dalam dialeknya iaitu dialek Utara. Terdapat ralat yang telah dilakukan olehnya kerana tidak teliti mengkaji dialeknya. Kelas HMT 329 ini turut dijalankan pada malam hari iaitu pada pukul 8.15 sehingga pukul 10 malam. Objektif kuliah pada malam tersebut ialah menerangkan dengan lebih terperinci tentang word order atau aturan kata. Terdapat tiga faktor yang menentukan aturan kata. Faktor-faktor tersebut ialah seperti berikut :

i)Keseringan<>frequency
ii)Ketertandaan<>markdness
iii)Keneutralan konteks secara pragmatik

Faktor yang pertama ialah keseringan. Kami dikehendaki mencari kekerapan pola yang wujud di dalam artikel Israel gempur Gaza. Sebagai contohnya, berapakah pola SKO,SK,SKKO dan pola lain yang muncul. Selepas mencari pola-pola tersebut, kami perlulah mengira peratus untuk menunjukkan berapakah kekerapan pola yang wujud.Sebagai contohnya seperti di bawah :

Jumlah pola SKO/Jumlah keseluruhan pola yang wujud x 100 = peratusan pola SKO.

Faktor yang kedua ialah ketertandaan. Terdapat dua bentuk ketertandaan iaitu bentuk bertanda dan tidak bertanda. Bentuk bertanda ialah bentuk yang jarang digunakan dalam menuturkan bahasa. Sebagai contohnya dapat dilihat melalui penggunaan afiks dalam dialek bahasa Melayu. Kebanyakan afiks dalam dialek akan digugurkan penggunaannya. Jikalau terdapat afiks yang digunakan dalam dialek, bentuk ini akan dikelaskan bentuk bertanda kerana jarang digunakan. Bentuk tidak bertanda pula ialah bentuk yang sering digunakan. Sebagai contohnya dapat dilihat melalui penggunaan afiks dalam dialek. Kebanyakan afiks akan digugurkan. Bentuk ini dikelaskan bentuk tidak bertanda. Hal ini dapat dibuktikan seperti contoh dialek di bawah :

Dialek Perak<>BMB
Aku nak g jalan kipoh ni. (bentuk tidak bertanda)
Saya ingin pergi berjalan ke Ipoh. (bentuk bertanda)

Faktor yang ketiga ialah keneutralan konteks secara pragmatik. Dalam hal ini, hubungan antara anafora dan katafora akan dikaji. Hubungan katafora dapat dilihat seperti ayat di bawah :

Selepas menyiapkan makan malam, dia akan membersihkan rumah.

Jika dikaji ayat dia atas, terdapat unsur yang digugurkan iaitu di antara kata selepas dengan menyiapkan. Unsur tersebut merupakan PRO. Katafora merupakan unsur yang terpaksa dirujuk ke hadapan untuk mengetahui unsur yang sebelumnya. Dalam ayat ini, kata dia merujuk kepada ruangan yang digugurkan. Manakala dia merupakan postcedent atau pascacedent.

Hubungan anafora merupakan unsur yang dirujuk ke belakang untuk mengetahui unsur hadapannya. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

Hanafi terlewat untuk menghadiri kuliah. Dia terpaksa berjumpa dengan pensyarahnya untuk menjelaskan keterlewatannya itu.

Hubungan anafora dapat dilihat apabila untuk mengetahui unsur dia merujuk kepada siapa, kita terpaksa merujuk unsur yang terdapat sebelumnya iaitu Hanafi.


Ahli kumpulan:

Sharifah Shadhatul Nadrah,22
Nurul Hana,19
Noor Fadilah,15
Husna Hasan,5
Nur Najwa Hanim,17
Wan Norhana Ismail,28
Siti NurHuda

08 Januari 2009

Artikel Israel- Pola SKO

POLA SKO

  1. Israel gempur Gaza.

Ujian subjek : Apakah yang menggempur Gaza?

Jawapan : Israel.

Maka: Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu gempur.

telah gempur

akan gempur

sedang gempur

Maka kata gempur merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Gaza digempur oleh Israel.

subjek ayat pasif = Gaza

Maka, objek = Gaza

  1. Pesawat pejuang, kereta kebal bedil Hamas.

Ujian subjek : Apakah yang membedil Hamas?

Jawapan : Pesawat pejuang, kereta kebal

Maka: Pesawat pejuang kereta kebal merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu bedil.

telah bedil

akan bedil

sedang bedil

Maka kata bedil merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Hamas dibedil oleh pesawat pejuang, kereta kebal.

subjek ayat pasif =Hamas

Maka, objek = Hamas



  1. Selepas( tentera Yahudi ) melancarkan serangan udara selama lapan hari,

Ujian subjek : Siapakah yang melancarkan serangan udara selama lapan hari?

Jawapan : Tentera Yahudi

Maka: Tentera Yahudi merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan.

telah melancarkan

akan melancarkan

sedang melancarkan

Maka kata melancarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 :Serangan udara dilancarkan oleh tentera Yahudi.

subjek ayat pasif =serangan udara

Maka, objek = serangan udara

  1. Tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua

pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa.

Ujian subjek : Siapakah yang awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam

fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa?

Jawapan : Tentera Yahudi

Maka: Tentera Yahudi merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu memasuki.

telah memasuki

akan memasuki

sedang memasuki

Maka kata memasuki merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Gaza dimasuki oleh tentera Yahudi awal pagi semalam dalam

fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa?

subjek ayat pasif =Gaza

Maka, objek = Gaza

  1. Angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang..

Ujian subjek : Apakah yang mencecah 485 orang?

Jawapan : Angka kematian warga Palestin kini.

Maka: Angka kematian warga Palestin kini merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu mencecah

telah mencecah

akan mencecah

sedang mencecah

Maka kata mencecah merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 2 : Angka kematian warga Palestin kini apa?

Maka, apa = 485 orang

Maka, objek = 485 orang

6. Pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.

Ujian subjek : Siapakah yang bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel

Jawapan : Pejuang Hamas

Maka: Subjek bagi ayat ini ialah pejuang Hamas.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu menjadikan

telah menjadikan

akan menjadikan

sedang menjadikan

Maka kata menjadikan merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 2 : Pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan apa?

Maka,apa =Gaza kubur askar Israel.

Maka, objek = Gaza kubur askar Israel

7. Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel

Ujian subjek : Siapakah yang mendakwa berjaya menawan dua askar Israel?

Jawapan : Hamas

Maka: Subjek bagi ayat ini ialah Hamas.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu mendakwa,menawan

telah mendakwa,menawan

akan mendakwa,menawan

sedang mendakwa,menawan

Maka kata mendakwa,menawan merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Dua askar Israel berjaya ditawan oleh Hamas.

subjek ayat pasif = askar Israel.

Maka, objek = askar Israel

8. Kamu memasuki Gaza seperti tikus.

Ujian subjek : Siapakah yang memasuki Gaza seperti tikus?

Jawapan : Kamu

Maka: Subjek bagi ayat ini ialah kamu.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu memasuki

telah memasuki

akan memasuki

sedang memasuki

Maka kata memasuki merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Gaza dimasuki oleh kamu seperti tikus.

subjek ayat pasif = Gaza.

Maka, objek = Gaza

9. Gaza akan menjadi kubur anda.

Ujian subjek : Apakah yang akan menjadi kubur anda?

Jawapan : Gaza

Maka: Subjek bagi ayat ini ialah Gaza.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu menjadi

telah menjadi

akan menjadi

sedang menjadi

Maka kata menjadi merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 2 : Gaza akan menjadi apa?

Maka,apa = kubur

Maka, objek = kubur

10. Hamas melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.

Ujian subjek : Siapakah yang melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel?

Jawapan : Hamas

Maka: Subjek bagi ayat ini ialah Hamas.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan

telah melancarkan

akan melancarkan

sedang melancarkan

Maka kata melancarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 2 : 25 roket dilancarkan oleh Hamas ke wilayah Israel.

subjek ayat pasif = 25 roket

Maka, objek = 25 roket

11. Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi.

Ujian subjek: Apakah yang dilihat membawa askar Yahudi.

Jawapan:Ambulan tentera

Maka:Ambulans merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja:menggunakan kata bantu aspek seperti akan, sedang, dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu membawa.

telah membawa

sedang membawa

akan membawa

Maka kata membawa merupakan kata kerja.

Ujian objek:a) menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 2: Ambulans tentera dilihat membawa siapa?

Maka, apa = askar Yahudi

Oleh itu, objek = askar yahudi

12. Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera.

Ujian subjek: Siapakah yang melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera.

Jawapan:Tentera Israel.

Maka: Tentera Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja:menggunakan kata bantu aspek seperti akan, sedang, dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu melaporkan.

telah melaporkan

sedang melaporkan

akan melaporkan

Maka kata melaporkan merupakan kata kerja.

Ujian objek:a) menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1: 30 askarnya cedera dilaporkan oleh tentera Israel.

Subjek ayat pasif = 30 askarnya cedera

Maka, objek = 30 askarnya cedera

13. satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza.

Ujian subjek: Apakah yang menyerang Selatan Gaza

Jawapan:satu unit kereta kebal

Maka: satu unit kereta kebal merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja:menggunakan kata bantu aspek seperti akan, sedang, dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu menyerang.

telah menyerang

sedang menyerang

akan menyerang

Maka kata menyerang merupakan kata kerja.

Ujian objek:a) menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1:Selatan Gaza diserang oleh satu unit kereta kebal

Subjek ayat pasif = Selatan Gaza

Maka, objek = Selatan Gaza

14 …. regim Yahudi itu keluar dari Gaza

Ujian subjek: Siapakah yang keluar dari Gaza?

Jawapan:regim Yahudi itu

Maka: regim Yahudi itu merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja:menggunakan kata bantu aspek seperti akan, sedang, dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu melaporkan.

telah keluar

sedang keluar

akan keluar

Maka kata keluar merupakan kata kerja.

Ujian objek:a) menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 2: regim Yahudi itu keluar dari apa?

Maka, apa = Gaza

Oleh itu, objek = Gaza

15. Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai

penduduk terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya.

Ujian subjek: Apakah yang menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan

penduduk terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya.

Jawapan:Serangan itu.

Maka: Serangan itu merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja:menggunakan kata bantu aspek seperti akan, sedang, dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu melaporkan.

telah menyebabkan

sedang menyebabkan

akan menyebabkan

Maka kata menyebabkan merupakan kata kerja.

Ujian objek:a) menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1: laluan ke bandar raya Gaza kawasan paling ramai penduduk terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya disebabkan oleh serangan itu

16. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel

Ujian subjek: Apakah yang tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel

Jawapan:Serangan

Maka:Serangan merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja:menggunakan kata bantu aspek seperti akan, sedang, dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu melaporkan.

telah dilancarkan

sedang dilancarkan

akan dilancarkan

Maka kata dilancarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek:a) menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 2: Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah

siapa?

Maka, apa = Israel

Oleh itu, objek = Israel

17. Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untukmelancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.

Ujian subjek: Pada masa sama, apakah yang terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan penjuang Hamas

Jawapan:Pesawat Israel

Maka: Pesawat Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja:menggunakan kata bantu aspek seperti akan, sedang, dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu membedil.

telah membedil

sedang membedil

akan membedil

Maka kata membedil merupakan kata kerja.

Ujian objek:a) menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 2: Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil apa?

Maka, apa = empat sasaran termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata,

kawasan digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan

pendudukan pejuang Hamas.

Oleh itu, objek = empat sasaran termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata,

kawasan digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan

pendudukan pejuang Hamas.

18. Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan.

Ujian untuk subjek: Apakah yang turut memberikan sokongan?

Jawapan: Bot tentera laut Israel.

Maka:Bot tentera laut Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu memberikan.

telah memberikan

akan memberikan

sedang memberikan

Maka kata memberikan merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Sokongan turut diberikan oleh bot tentera laut Israel.

subjek ayat pasif = sokongan

Maka, objek = sokongan

19.Bot tentera laut Israel membedil ibu pejabat perisikan Hamas.

Ujian untuk subjek: Apakah yang membedil ibu pejabat perisikan Hamas?

Jawapan: Bot tentera laut Israel.

Maka:Bot tentera laut Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu membedil.

telah membedil

akan membedil

sedang membedil

Maka kata membedil merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Ibu Pejabat Perisikan Hamas dibedil oleh bot tentera laut Israel.

subjek ayat pasif = Ibu Pejabat Perisikan Hamas

Maka, objek = Ibu Pejabat Perisikan Hamas

20.Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza

Ujian untuk subjek: Siapakah yang tidak memasuki kawasan Bandar utama di Gaza?

Jawapan: Askar Israel.

Maka:Askar Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu memasuki.

telah memasuki

akan memasuki

sedang memasuki

Maka kata memasuki merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif.

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1: Kawasan Bandar Utama di Gaza tidak dimasuki oleh Askar Isarel.

Subjek Ayat Pasif: Kawasan Bandar Utama di Gaza

Maka, objek: Kawasan Bandar Utama di Gaza.

21.Militan melancarkan roket dan bedilan meriam

Ujian untuk subjek: Siapakah yang melancarkan roket dan bedilan meriam?

Jawapan: Militan.

Maka:Militan merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan.

telah melancarkan

akan melancarkan

sedang melancarkan

Maka kata melancarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Roket dan bedilan meriam dilancarkan oleh Militan.

subjek ayat pasif = Roket dan bedilan meriam.

Maka, objek = Roket dan bedilan meriam.

22.Askar Israel memeriksa setiap rumah.

Ujian untuk subjek: Siapakah yang memeriksa setiap rumah?

Jawapan: Askar Israel.

Maka:Askar Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu memeriksa.

telah memeriksal

akan memeriksa

sedang memeriksa

Maka kata memeriksa merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Setiap rumah diperiksa oleh askar Israel.

subjek ayat pasif = Setiap rumah

Maka, objek = Setiap rumah

23.Askar Isrel memecahkan dinding.

Ujian untuk subjek: Siapakah yang memecahkan dinding?

Jawapan: Askar Israel.

Maka:Askar Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu memecahkan.

telah memecahkan

akan memecahkan

sedang memecahkan

Maka kata memecahkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Dinding dipecahkan oleh askar Israel.

subjek ayat pasif = Dinding

Maka, objek = Dinding

24.Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu

Ujian untuk subjek: Siapakah yang mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu?

Jawapan: Israel.

Maka:Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu menyerang.

telah menyerang

akan menyerang

sedang menyerang

Maka kata menyerang merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Gaza mula diserang oleh Israel pada 27 Disember lalu.

subjek ayat pasif = Gaza

Maka, objek = Gaza

25.Serangan Israel menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera.

Ujian untuk subjek: Apakah yang menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera?

Jawapan: Serangan Israel.

Maka:Seranagn Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu menyebabkan

telah menyebabkan

akan menyebabkan

sedang menyebabkan

Maka kata menyebabkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : 2,500 rakyat Palestin cedera disebabkan oleh serangan Israel

subjek ayat pasif = 2,500 rakyat Palestin

Maka, objek = 2,500 rakyat Palestin

26.Hamas melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel .

Ujian untuk subjek: Siapakah yang melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke

Israel?

Maka:Hamas merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan.

telah melancarkan

akan melancarkan

sedang melancarkan

Maka kata melancarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Lebih 500 roket dan mortar dilancarkan oleh Hamas ke Israel.

subjek ayat pasif = Lebih 500 roket dan mortar

Maka, objek = Lebih 500 roket dan mortar

27.Serangan Hamas menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut.

Ujian untuk subjek: Apakah yang menyebabkan empat rakyat Yahudi itu maut?

Jawapan : Serangan Hamas.

Maka:Serangan Hamas merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu menyebabkan.

telah menyebabkan

akan menyebabkan

sedang menyebabkan

Maka kata menyebabkan merupakan kata kerja

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Empat rakyat negara Yahudi itu maut disebabkan oleh serangan Hamas.

subjek ayat pasif =Empat rakyat negara Yahudi itu maut.

Maka, objek = Empat rakyat negara Yahudi itu maut.

POLA SKK

1. Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh.

Ujian subjek : Siapakah yang terbunuh dalam pertempuran awal pagi itu?

Jawapan : sembilan askar Yahudi

Maka: Subjek bagi ayat ini ialah sembilan askar Yahudi.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu terbunuh

telah terbunuh

akan terbunuh

sedang terbunuh

Maka kata terbunuh merupakan kata kerja.

Ujian keterangan :

Ujian 1 : unsur boleh digugurkan

Ujian 2: menggunakan soalan wh- seperti bagaimana, di mana,

bila, mengapa

Ujian 1 : Sembilan askar Yahudi terbunuh.

unsur yang digugurkan = dalam pertempuran awal pagi itu.

2. Askar Israel bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka.

Ujian untuk subjek: Siapakah yang bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka?

Jawapan: Askar Israel.

Maka:Askar Israel merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu bertempur.

telah bertempur

akan bertempur

sedang bertempur

Maka kata bertempur merupakan kata kerja.

Ujian keterangan:

Ujian1:Unsur boleh digugurkan

Ujian2: menggunakan soalan ‘wh-‘ seperti bagaimana, di mana, bila dan mengapa.

Ujian 2: Di manakah Askar Israel bertempur?

Jawapan: kawasan luar bandar dan kawasan terbuka.

Maka: kawasan luar Bandar dan kawasan terbuka merupakan keterangan dalam

ayat.

3..Kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.

Ujian untuk subjek: Apakah yang tidak lagi berpenghuni kerana pnduduknya

sudah melarikan diri?

Jawapan: kebanyakan rumah.

Maka:kebanyakan rumah merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu berpenghuni.

telah berpenghuni

akan berpenghuni

sedang berpenghuni

Maka kata berpenghuni merupakan kata kerja.

Ujian keterangan:

Ujian1:Unsur boleh digugurkan

Ujian2: menggunakan soalan ‘wh-‘ seperti bagaimana, di mana, bila dan mengapa.

Ujian 2: Mengapakah kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni?

Jawapan:kerana penduduknya sudah melarikan diri.

Maka: penduduknya telah melarikan diri merupakan keterangan dalam

ayat.

POLA OKS ( Ayat Pasif )

  1. Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas.

Ujian subjek : Siapakah yang membalas serangan darat tentera Yahudi itu?

Jawapan : Pejuang Hamas

Maka: Subjek bagi ayat ini ialah pejuang Hamas.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu dibalas

telah dibalas

akan dibalas

sedang dibalas

Maka kata dibalas merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang

Hamas

subjek ayat pasif = serangan darat tentera Yahudi

Maka, objek = serangan darat tentera Yahudi.

  1. Kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa

Ujian subjek : Siapakah yang menyiarkan kemaraan tentera Yahudi?

Jawapan : Stesen televisyen Hamas, Al Aqsa

Maka: Subjek bagi ayat ini ialah stesen televisyen Hamas, Al Aqsa.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu disiarkan

telah disiarkan

akan disiarkan

sedang disiarkan

Maka kata disiarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas,

Al Aqsa

subjek ayat pasif = kemaraan tentera Yahudi

Maka, objek = kemaraan tentera Yahudi

  1. Stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel

Ujian subjek : Siapakah yang mengebom stesen televisyen Hamas, Al Aqsa?

Jawapan : Jet Israel

Maka: Subjek bagi ayat ini ialah jet Israel.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah

dengan kata kerja tersebut iaitu dibom

telah dibom

akan dibom

sedang dibom

Maka kata dibom merupakan kata kerja.

Ujian objek : a) Menjadi subjek ayat pasif

b) Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek

Ujian 1 : Stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel

subjek ayat pasif = stesen televisyen Hamas, Al Aqsa.

Maka, objek = stesen televisyen Hamas, Al Aqsa

AHLI KUMPULAN :

SH.SHADHATUL NADRAH,22

NURUL HANA, 19

NORFADILAH,15