12 Januari 2009

Ada apa dengan HMT329 $$kuliah 8/1/09

Pada hari ini, Dr. Radiah menerangkan tentang tipologi. Dalam analisis tipologi, perbezaan dan persamaan antara sesuatu unsur akan dilihat. Selain itu,Dr.Radiah juga menerangkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Mohd Hazrul dalam tugasan dialeknya. Kesalahan yang dilakukan oleh Hazrul ialah seperti ayat di bawah :

Akim merindui Dr Radiah hingga mamai dalam tidoq. Seharusnya dalam dialek, penggunaan afiks akan digugurkan. Tetapi Hazrul tidak menggugurkan penggunaan afiks dalam dialeknya iaitu dialek Utara. Terdapat ralat yang telah dilakukan olehnya kerana tidak teliti mengkaji dialeknya. Kelas HMT 329 ini turut dijalankan pada malam hari iaitu pada pukul 8.15 sehingga pukul 10 malam. Objektif kuliah pada malam tersebut ialah menerangkan dengan lebih terperinci tentang word order atau aturan kata. Terdapat tiga faktor yang menentukan aturan kata. Faktor-faktor tersebut ialah seperti berikut :

i)Keseringan<>frequency
ii)Ketertandaan<>markdness
iii)Keneutralan konteks secara pragmatik

Faktor yang pertama ialah keseringan. Kami dikehendaki mencari kekerapan pola yang wujud di dalam artikel Israel gempur Gaza. Sebagai contohnya, berapakah pola SKO,SK,SKKO dan pola lain yang muncul. Selepas mencari pola-pola tersebut, kami perlulah mengira peratus untuk menunjukkan berapakah kekerapan pola yang wujud.Sebagai contohnya seperti di bawah :

Jumlah pola SKO/Jumlah keseluruhan pola yang wujud x 100 = peratusan pola SKO.

Faktor yang kedua ialah ketertandaan. Terdapat dua bentuk ketertandaan iaitu bentuk bertanda dan tidak bertanda. Bentuk bertanda ialah bentuk yang jarang digunakan dalam menuturkan bahasa. Sebagai contohnya dapat dilihat melalui penggunaan afiks dalam dialek bahasa Melayu. Kebanyakan afiks dalam dialek akan digugurkan penggunaannya. Jikalau terdapat afiks yang digunakan dalam dialek, bentuk ini akan dikelaskan bentuk bertanda kerana jarang digunakan. Bentuk tidak bertanda pula ialah bentuk yang sering digunakan. Sebagai contohnya dapat dilihat melalui penggunaan afiks dalam dialek. Kebanyakan afiks akan digugurkan. Bentuk ini dikelaskan bentuk tidak bertanda. Hal ini dapat dibuktikan seperti contoh dialek di bawah :

Dialek Perak<>BMB
Aku nak g jalan kipoh ni. (bentuk tidak bertanda)
Saya ingin pergi berjalan ke Ipoh. (bentuk bertanda)

Faktor yang ketiga ialah keneutralan konteks secara pragmatik. Dalam hal ini, hubungan antara anafora dan katafora akan dikaji. Hubungan katafora dapat dilihat seperti ayat di bawah :

Selepas menyiapkan makan malam, dia akan membersihkan rumah.

Jika dikaji ayat dia atas, terdapat unsur yang digugurkan iaitu di antara kata selepas dengan menyiapkan. Unsur tersebut merupakan PRO. Katafora merupakan unsur yang terpaksa dirujuk ke hadapan untuk mengetahui unsur yang sebelumnya. Dalam ayat ini, kata dia merujuk kepada ruangan yang digugurkan. Manakala dia merupakan postcedent atau pascacedent.

Hubungan anafora merupakan unsur yang dirujuk ke belakang untuk mengetahui unsur hadapannya. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

Hanafi terlewat untuk menghadiri kuliah. Dia terpaksa berjumpa dengan pensyarahnya untuk menjelaskan keterlewatannya itu.

Hubungan anafora dapat dilihat apabila untuk mengetahui unsur dia merujuk kepada siapa, kita terpaksa merujuk unsur yang terdapat sebelumnya iaitu Hanafi.


Ahli kumpulan:

Sharifah Shadhatul Nadrah,22
Nurul Hana,19
Noor Fadilah,15
Husna Hasan,5
Nur Najwa Hanim,17
Wan Norhana Ismail,28
Siti NurHuda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan