14 Januari 2009

HMT329: Noorkhiriah dan Faizal Tahir


NOORKHIRIAH




Nama sebenar beliau ialah Noorkhiriah Binti Ahmad Shapie. Beliau dilahirkan di Raub, Pahang. Pekerjaan beliau ialah pelakon dan telah mendirikan rumahtangga dengan Azfaizul Ahtan. Noorkhiriah atau lebih mesra dengan panggilan Noor merupakan seorang yang kecil molek dan telah berlakon dalam banyak drama tempatan. Antaranya ialah Tepi Kainnya Carik, Neraca Kasih, Sindarela, Pepaya dan sebagainya. Beliau juga turut berlakon dalam beberapa buah filem seperti filem Gubra, Susuk, Los and Faun, dan banyak lagi filem arahan pengarah terkenal tempatan.
Walaupun beliau telah berlakon dalam banyak filem tempatan, namun beliau mengakui masih ramai yang belum mengenali beliau. Hal ini bukan disebabkan oleh dirinya yang kurang berbakat tetapi disebabkan oleh beliau tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang pelakon. Hal ini kerana beliau dilabel sebagai muka kampung. Malahan, beliau sering diberikan watak gadis kampung. Alasannya kerana muka beliau muka kampung, tiada gaya dan saiznya yang kecil. Namun, beliau mengimpikan karakter wanita korporat dan antagonis





FAIZAL TAHIR




Nama sebenarnya ialah Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir. Beliau dilahirkan pada 26 Oktober 1978. Faizal telah mendirikan rumahtangga dengan Raihanim Noran yang dikenali beliau semasa di UiTM. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mikael Zidane dan seorang anak perempuan Siti Nur Raudhah.
Pekerjaannya ialah penyanyi, penulis lirik dan pengacara televisyen. Pada awal kemunculan beliau, beliau terlibat dengan kumpulan nasyid iaitu Mirwana. Namun pada tahun 2005, beliau telah meninggalkan kumpulan tersebut kerana sakit dan kemudiannya muncul kembali secara solo dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan Rast.
Pada 13 Januari 2008, Faizal mengundang rasa tersinggung ramai pihak apabila menanggalkan baju dan tali pinggang beliau di atas pentas pada konsert ulang tahun keempat 8TV yang disiarkan secara langsung. Oleh itu, pihak 8TV mengambil tindakan tegas dengan memberi amaran keras kepada beliau dan mengkehendaki beliau terlibat dalam kerja-kerja amal selama enam bulan. Di samping itu, dua hari selepas peristiwa itu, 8TV mengadakan sidang akhbar untuk Faizal memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung oleh perbuatannya.


Walaupun banyak kontroversi yang melanda beliau, namun lagu-lagu nyanyian beliau mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminatnya. Beliau juga telah memenangi banyak anugerah iaitu:

Anugerah Planet Muzik:
• Artis Lelaki Baru Terbaik
• Artis Lelaki Paling Popular

Anugerah Planet Muzik 15:
• Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)
• Artis Baru Terbaik
• Album Rock Terbaik
• Album Terbaik


Faizal Tahir - Gemuruh

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan