07 Januari 2009

dialek petani<>bahasa melayu standard

Dialek petani<>Bahasa Melayu Standard

Adek hambat ghama-ghama yang teghebang kat laman ghumah
Adik mengejar rama-rama yang berterbangan di halaman rumah.


Oghang kapong begotong-ghoyong beghesehkan kawasan masjek
‘Penduduk kampung bergotong royong membersihkan kawasan masjid.

Lembu tengah makan ghupok kat padang.
‘Lembu sedang meragut rumput di padang’.

Salmah ngan keluarga dia gi bekelah kat Telok Batek
‘Salmah dan keluarganya pergi berkelah di Teluk Batik’.

Adek mitak duwek kat mak wat beli buku
‘Adik meminta wang daripada ibu untuk membeli buku’.

Cekgu mitak Ali jawat soalan yang dia bagi.
‘Guru meminta Ali menjawab soalan yang diberikan’.

Dema tengok wayang ahad lepaih.
‘Mereka menonton wayang pada hari ahad yang lalu’.

Mak bagi hadiah jan tangan kat adek masa haghijadi dia.
‘Ibu menghadiahkan seutas jam tangan kepada adik sempena harijadinya’.

Salmah tengah baca novel kat dalam bilek.
‘Salmah sedang membaca novel di dalam bilik’.

Amin ngan kawan-kawan dia gi becuti kat Langkawi minggu
‘Amin dan rakan-rakannya pergi bercuti di Pulau Langkawi pada minggu

lepaih
lepas’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan